kenapa begitu serius? haritu saya naik taxi dengan sorang mamat singh yang kalau awak tengok dia dari jauh, awak nak call polis sebab muka dia macam pembunuh dan perogol. tetapi, setelah saya mendalami dia walaupun pertemuan kita hanya singkat, dia adalah seorang philosopher yang mungkin tidak cukup duit untuk publish buku - buku beliau. dia suka gelak walaupun gigi dia tak dijaga rapi, dia juga kerap beritahu saya, hidup ini pendek, berseronoklah. umur dia kira 40++.
bercakap tentang umur, dia beritahu saya yang suatu hari dia ingin jumpa anwar ibrahim. "kenapa?" saya tanya dia. Dia cakap, "Saya umur 40 lebih pun sudah kaki banyak goyang, anwar ibrahim boleh main belakang lagi wo" Saya hanya gelak dan terfikir, saya baru 19 dan kaki saya pun banyak goyang. mungkin saya pun nak jumpa anwar ibrahim.
kita pun bersembang dari politik ke porno (bukan ada banyak beza pun), perempuan ke pak haji. sehingga lah, bila nak sampai rumah saya, dia beritahu 3 perkara yang paling penting dalam dunia. 1) makan dan minum (walaupun saya argue dengan dia kejap, saya rasa makan dan minum dikira 2 perkara). 2) duit dan 3) seks. Ya, dia adalah orang tua yang gatal. Tetapi awak takkan menyampah, sebab dia macam datuk shin chan. bukan seorang lelaki yang bernama shin chan yang dapat pangkat datuk, tetapi datuk kepada shin chan dalam komik dik cerdas.
dia berkata, pak haji ke, pencuci tandas ke, perempuan ke, lelaki ke, india ke, cina ke, melayu ke, semua orang perlukan seks. Kecuali Timbalan Perdana Menteri kita, dia perlukan seks yang lebih. haha. (ini adalah kali kedua seorang pemandu taxi yang saya kenal mengatakan bahawa Najib adalah seorang womanizer. mungkin kerana najib comel).
mungkin dia buat lawak - lawak ini kerana dia depressed di rumah. tetapi saya tanak berfikiran begitu kerana ia terlalu depressive. saya tak suka perkara - perkara depressive. sebab tu saya tak tengok weeds.
dialah joker versi malaysia.
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)