Thursday, May 21, 2009
Pencarian Keamanan.( Sebuah komik tragedi)
Pada hari jumaat, selepas solat, Abdullah atau Pak Lah, telah mengambil keputusan untuk memanggil anak - anaknya, adik beradiknya, dan sanak saudara untuk makan tengah hari.
Untuk pertama kali sejak zaman "gelap", Pak Lah dapat jumpa kembali dengan keluarganya. Tetapi, ada agenda sebenar Pak Lah.
Semasa sedang makan, Pak Lah berucap di atas meja yang mengatakan bahawa beliau ingin pergi dan "mencari diri sendiri". Apa yang disebut dalam ucapan itu sangatlah panjang, kerana ia menceritakan tentang zaman persekolahannya, mimpi basah pertamanya (juga mimpi yang membuatkan Pak Lah ingin menjadi orang paling berkuasa di Malaysia) sehinggalah ke zaman bujang dan zaman kawinnya.
Dia juga bercerita tentang cinta antara dia dan isteri pertamanya, zaman bujang tuannya dan isteri keduanya. Pak Lah bercerita dengan penuh emosi dan penuh dengan perasaan. Anaknya nampak titisan air mata Pak Lah yang terjatuh ke dalam gulai lemak ikan masin yang juga makanan kegemaran anaknya. Ini menyebabkan kadar darah tinggi anaknya makin meningkat, lupakan kisah itu, kerana ini adalah cerita tentang Pak Lah mencari keamanan atau kelapangan di dada.
Selepas ucapan Pak Lah, dia mengambil bagasi di dalam biliknya yang sudah siap "pack" dia terus meluru keluar dan melarikan diri dan menuju ke arah hutan belantara di belakang rumahnya.
Setelah beberapa jam tanpa arah di dalam hutan, Pak Lah mengambil keputusan untuk membuang bajunya kerana ini hanya mendekatkan dirinya dengan dunia pemodenan. Hanya tinggal di badan pak lah hanyalah kain pelekat dan juga ketayap di kepalanya. Pak Lah membuang handphone di dalam sungai. Di sungai itu jugalah, Pak Lah bertapak untuk beberapa hari.
Pak Lah membuat sebuah unggun api yang juga berdekatan dengan khemah yang dibuatnya sendiri. Khemahnya diperbuat daripada daun pisang yang dijumpai Pak Lah yang juga berdekatan dengan sungai itu. Selama beberapa hari pertama dalam pencarian keamanannya, Pak Lah hanya makan buah pisang, pokok yang sama Pak Lah menggunakan daun untuk membuat khemah.
Semasa mencari makanan yang baru, Pak Lah terjumpa dengan seekor kijang yang sedang melompat - lompat kegembiraan di sebelah air terjun. Pak Lah senyum pada kijang itu, kijang itu berhenti melompat dan seperti membalas senyuman Pak Lah.
Pada malam itu, Pak Lah mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan beliau. Walaupun gelap, Pak Lah teruskan perjalanan beliau. Dia terjumpa dengan beberapa orang asli yang fasih berbahasa melayu menjadi kawan baik dan cikgu kepada Pak Lah dan mengajar bagaimana hendak hidup di dalam hutan.
"Apa saja yang kau ingin cari, ada di dalam hutan ini," kata orang asli itu. "Apa saja soalan kau, kau akan dapat jawapannya di dalam hutan ini" sambung orang asli itu lagi. Pak Lah hanya mendengar kata - kata orang asli sambil termenung jauh pada unggun api. "Apa yang kau nak?" tanya orang asli itu sendiri.
"Aku mahu lari, " kata Pak Lah, " aku mahu lari daripada dunia yang tak pernah kenal cinta ini. Aku pernah menjadi orang yang paling berkuasa dalam negara ini. Dan aku ingin menyebarkan cinta antara pembangkang dan establishment, antara hitam dan putih, antara manusia,"
"Hah," kata orang asli itu, "Dalam dunia yang kita duduki ini sekarang, tiada cinta, tiada balas kasihan! Semua sombong!!"
Pak Lah terdiam seketika.
"Semua ingin fikir apa yang penting untuk diri mereka, tidak peduli tentang orang lain. Kalau bersatu, semua ingin kemajuan, nak maju sangat! Kita nak maju, maju ke mana? Moral dilupakan. Kasih sayang antara manusia dilupakan. Semua sekarang mahu senang. Mahu "maju". Wawasan 2020 dalam otak mereka. Disuntik dengan tv. TV adalah mimpi manusia zaman sekarang. Semua mengidolakan orang - orang di dalam tv yang sudah memang tiada moral. Kita adalah negara yang hanya pentingkan kemajuan, hanya penting material. Jadi aku rasa baik kau pergi dari sini, kampung orang asli aku pun akan dimusnahkan dalam beberapa hari lagi."
"Kau tak nak lari?" tanya Pak Lah.
Orang asli itu hanya diam. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya, sebotol tuak. "Aku sudah lama mati" dia minum tuak itu sampai habis. One gulp.
Pada keesokkan paginya, Pak Lah bangun dan orang asli itu sudah hilang. Dia meneruskan perjalanan tanpa arah tuju beliau. Dia terpaksa membunuh seekor kijang untuk makan tengah hari, dan meneruskan perjalan selepas hujan lebat yang menyebabkan perjalan terbantut seketika. Setelah beberapa jam, Pak Lah meneruskan perjalan sehinggalah dia terjumpa sebatang jalan. Dia hanya menoleh kiri dan kanan untuk memastikan tiada kereta.
Dia ingin melintas jalan, tiba - tiba sebuah kereta yang sedang laju dan menggelak Pak Lah dan terlanggar sebatang pokok. Seorang lelaki yang kacak berpakaian kot keluar dari kereta.
"Kau buta ke? Bodoh ke? Tak nampak jalan ke? Sekarang aku dah lambat untuk meeting aku. Bodoh betul orang tua nih. Kau buat apa pun kat tengah - tengah jalan ni?" Telefonnya berdering.Dia menjawab telefonnya. "I kat mana ntah ni. I accident terlanggar pokok. Ada orang tua mana ntah buat hal".
Pak Lah mengambil sebatang pokok kayu yang besar dan memukul kepala lelaki itu. Lelaki itu terjatuh dan Pak Lah meneruskan memukul lelaki itu menggunakan tangannya ia sendiri. Pak Lah meneruskan tumbuk di muka lelaki itu sampai darah mula mengalir di hidungnya. Darah mula mengalir di kepalanya. Lebam di mata lelaki itu kini sudah terluka dan keluarkan darah lagi banyak. Memburukkan lagi mukannya yang pada awal sangat kacak.
Pak Lah henti menumbuk. Dia mengambil kot lelaki itu dan menggelap darah yang ada di tangannya. Pak Lah melintas jalan dan masuk ke dalam hutan.
Menurut keluarga Pak Lah, kali terakhir orang terjumpa Pak Lah adalah di sebuah pantai di Pulau Perhentian.
Itu adalah benar.
Kerana selepas membunuh lelaki yang dijumpai di jalan itu, Pak Lah melarikan diri menuju ke laut. Di situ, dia berenang untuk sampai ke Pulau Perhentian. Di situ, dia terjumpa dengan seorang Rastafari yang bisu dan menjalin persahabatan yang sihat dengan Rastafari yang bisu itu.
Pada malam terakhir Pak Lah di Pulau itu, dia mengajak Rastafari yang bisu itu untuk makan malam bersama Pak Lah.
Pak Lah hanya berpakaian seluar bunga - bunga pemberian Rastafari yang bisu itu. Selepas makan, Pak Lah memasang lagu - lagu raggae dan berpesta dan pesta itu mula disertai dengan orang - orang lain yang duduk di kampung yang berdekatan dengan kawasan pantai itu. Sehinggalah tengah malam, Pak Lah memanggil semua penduduk kampung untuk melihat pemergian beliau.
Pak Lah membuka seluarnya, dan menuju ke arah laut. Dia berenang jauh. Selepas itu, Pak Lah tidak ditemui lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)