Tidak saya sangka bahawa suatu hari kita akan berjumpa lagi. Saya ingin memohon maaf kepada peminat - peminat saya yang tidak terkira kerana sudah lama saya tidak meng-update blog saya. Ini kerana saya terlalu sibuk melakukan perkara lain -- iaitu tiada apa - apa.
Pada bulan syawal yang suci nan bersih ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia juga kepada semua penyembah-penyembah syaitan yang brutal.
Saya ingin menjelaskan kepada awak semua mengapa sudah lama saya tidak menulis blog.
Ini adalah kerana pada beberapa bulan yang lepas, saya telah dipilih untuk menjadi angkasawan negara yang kedua. Saya pun menerima pelawaan itu tetapi beberapa minggu kemudian saya telah dibuang dari pusat latihan angkasawan di russia kerana tidak cukup kacak.
Ini telah membuatkan saya murung dan akibatnya, saya menjadi seorang kaki botol. Ya, saya telah menjadi seorang manusia yang tidak guna. Saya hanya akan minum whisky sambil mendengar lagu - lagu sedih sehinggalah lewat malam.
Bukan disitu saja, saya juga telah mengenali dunia dadah dan menjadi seorang penagih heroin. Saya menghabiskan masa saya dia Chow Kit mencari makanan atau beg untuk diragut atau Mat Salleh untuk dirompak. Saya juga telah merampas emas pusaka bonda saya dan menjualnya dengan harga yang murah. Apakan daya, saya ingin wang untuk membeli dadah.
Syukur, saya telahpun berjaya melupakan semua aktiviti tidak baik itu kerana saya telah berjumpa dengan "the love of my life". Tetapi, "love of my life" saya itu telah mengambil semua wang dan harta saya dan dia melarikan diri dengan lelaki lain.
Saya menceritakan perkara ini supaya anda semua dapat belajar dari pengalaman saya. Moral cerita ini, jadilah kacak, kalau anda tidak kacak, sorry to say, you're fucked.
Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)