Beberapa hari lepas, saya dan kawan saya telah melawat ke lokasi shooting 5 jingga. Sebuah show di 8tv. Saya terjumpa dengan kawan lama saya, Jehan Miskin. Pada Festival Filem Malaysia yang lepas, saya dan beberapa rakan saya (3 orang je sebenarnya) pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan Festival ini. Kita hanya dapat menjadi mock up fans yang tidak berbayar. Saya mengambil kesempatan itu untuk menyedarkan "orang - orang filem" tanah air bahawa apa yang kita perlukan artis dan bukan celebrity (artist adalah pengiat seni, celebrity giat keluar di Melodi) Saya pun terjumpa dengan En. Jehan Miskin. Saya beritahu dia, "We need artist, not Celebrities" dia pun dengan bangganya memberitahu saya yang dia tidak reti melukis. Sejak itu, kita menjadi kawan yang tidak beberapa akrab.
Pada sesi penggambaran 5 jingga, saya terbatal puasa kerana mereka sedang shooting scene pertandingan cheerleading. Saya pasti bukan saya saja yang terbatal puasa. Kawan saya yang tomboy pun terbatal puasa apatah lagi saya. Kemudian saya ternampak dia, rambut sudah pendek sikit. Dia memakai t-shirt putih yang ketat dan menampakkan ke-maskulin-an dia. Saya memanggil dia dan kita sempat berbicara. Begini lah conversation nya.
SAYA: Abang Jehan!
JEHAN: Yo!
(bersalaman dengan tangan Jehan yang kental)
SAYA: Haritu kita pernah jumpa kat FFM.
JEHAN: Oh ye ke?
SAYA: Owh, saya jadi mock up fans je. Yang duduk kat tepi red carpet tu.
JEHAN: Hahaha. Mock up fans. Dibayar tak?
SAYA: Hahaha. Tak ah.
JEHAN: Hahahaha.
(Pada masa ini, saya rasa Jehan Miskin sedang mengutuk saya)
SAYA: Saya yang pakai baju "We Need Artist Not Celebrities" tu. Abang Jehan ingat lagi tak?
JEHAN: Oh. Ye la. Saya ingat.
Jehan pun melarikan dirinya dan buat - buat ada kerja lain. (Saya harap kerja lain dia bukan melukis.) Sudah beberapa hari sejak saya jumpa Jehan Miskin, dan saya sangat merindui dia. Saya harap kita boleh berjumpa lagi dan dia boleh gelakkan saya lagi. Lagipun, ini dunia dia, saya hanya menumpang.
-lebih baik jadi miskin, daripada jadi jehan miskin-
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dia pun kawan aku. Tapi aku faham apa yang kau cakapkan. Mungkin juga aku salah faham.
Post a Comment