Wednesday, September 17, 2008

Mimpi Saya yang ke - 168.

Dua orang polis berpakaian seperti komando telah berjaya menangkap saya apabila saya sedang kencing di tepi semak samun di sebelah rumah saya.

Saya telah diikat dan blind-folded. Mereka meletakkan saya di sebuah bilik yang gelap. Saya masih tak faham kenapa bilik itu gelap, sedangkan saya telah di blind - folded. Saya terdengar bunyi orang masuk bilik dan blindfold saya telah dibuka. Bilik masih gelap, sehinggalah saya dengar suara yang sangat familiar menyuruh buka lampu. Suara itu adalah suara Pak Lah sendiri.

Pak Lah mula - mula menyuruh saya buka baju dan seluar, tetapi saya enggan. Saya telah dipukul lagi. Sehinggalah saya explain kepada Pak Lah yang saya tidak dapat buka baju dan seluar saya kerana tangan saya diikat. Pak Lah pun membuka ikatan pada tangan saya dan saya di strip searched.

Setelah diperiksa sebanyak 5 kali, Pak Lah pun mengambil keputusan untuk berbincang dengan saya. Saya tanya Pak Lah, "Apa yang saya dah buat?" dengan sedikit tangisan kerana salah seorang polis tadi mempunyai jari yang besar tiada tolok bandingannya. Pak Lah menjawab "Awak download hentai secara excessive, tidakkah awak tahu bahawa hentai itu membawa mesej - mesej anti kerajaan? Dan lebih teruk lagi, mesej - mesej anti-saya!!". Saya mengaku, memang saya amat download hentai, tapi saya tidak pernah pun terfikir tentang mesej - mesej anti - kerajaan atau anti - pak lah. Sebelum saya sempat menjawab, saya telah dipukul teruk oleh beberapa orang pegawai polis. Saya rasa, salah seorang daripada mereka adalah tak lain tak bukan, Jehan Miskin.

Selepas dipukul teruk, Pak Lah meneruskan soal siasat saya. Tetapi saya enggan "jatuhkan kacang - kacang saya"(spill my beans). Pak Lah pun keluar dari bilik itu. Saya menjerit kepada Jehan Miskin, "I thought you were my fren!" Jehan Miskin buat bodoh. Setelah Pak Lah kembali, dia membawa sepinggan nasi kosong dan telur bungkus. Makanan kegemaran saya. Dan Pak Lah mula menyuap saya. Sambil menyuap, dia pun tanya pada saya, "Albert, bagitau lah saya, dimana awak dapat download hentai - hentai itu?" Sambil mengunyah, saya pun menjawab "senang saja. www...." kemudia saya terfikir. dan saya rasa fikiran saya betul kali ini. Pak Lah sedang menggunakan reverse psychology.

Saya mula - mula ingin meludah makanan itu, tapi saya menelan makanan itu dulu dan meludah sayur - sayur yang tersekat di celah gigi saya. Pak Lah mengamuk. "Kau akan menyesal perbuatan kau ini!". Tiba - tiba seorang perempuan membuka pintu. Saya tak berapa nampak mukanya, tapi saya pasti perempuan ini lawa. "Mari sini, darling" Pak Lah berkata. Dia menuju Pak Lah perlahan - lahan. Dan dia pun memeluk Pak Lah. "TidakkkKkk!!!!" aku menjerit. Betul sangkaan aku, perempuan yang memeluk Pak Lah itu adalah Nora Danish. "Biarkan dia Bang Lah, dia sudah cukup sengsara". Pak Lah tersenyum. Dia memegang tangan Pak Lah dan meninggalkan saya di dalam bilik itu bersama seorang polis yang mempunyai jari yang besar dan Jehan Miskin. Saya hanya dapat menjerit "tidak".

Saya terbangun selepas mimpi yang dahsyat itu. Nasib baik, Nora Danish di sebelah saya sedang tidur. "Nora," saya berkata, " I mimpi buruk lah". Saya pun bercerita kepada Nora tentang mimpi buruk itu. Dia kata itu semua hanyalah mimpi dan saya paranoid lebih. Saya kembali tidur.

Nora Danish