Saya bukanlah orang yang selalu berparty. as a matter of fact, last time saya party adalah chinese new year. tahun lepas. saya tidak tahu bahawa sensasi terbaru remaja - remaja kita zaman sekarang adalah "private party". saya ingatkan party adalah untuk semua. tapi ada jugak party yang "private".
remaja - remaja perempuan pun lebih gemar ke "private party". ini adalah transkrip daripada perbualan saya dengan remaja - remaja perempuan yang hot, tentang "private party".
Saya: Pernah pegi private party?
PerempuanHot(PH): owh. I selalu pegi private party.
Saya: Selalu?
PH: Yep. Sekarang ni I dah tak suka pegi club - club semua. I pegi "private party" je.
Saya: Selalu "private party" ni buat kat mana?
PH: Selalu kat hotel ke, apartment ke, i pernah pegi private party kat bilik setor flat pun pernah.
Saya: Bilik stor flat?
PH: Ye. Kat flat kan slalu ada bilik stor. Selalunya kat sebelah lift.
Saya: Flat mana awak maksud kan?
PH: Haritu I pegi private party ngan boyfriend i. Kawan dia punya. Jadi kita pun pegi lah. Kat flat maluri. U ni mcm tak biasa plak pegi private party.
Saya: Adakah orang yang pegi private party ni berpakaian untuk ke club?
PH: I slalu pakai biasa - biasa je. I slalu pakai short dress kalau ada private party.
Saya: Walaupun kat flat maluri?
PH: Ya.
Saya: Owh.
Transkip dengan lelaki hot yang pegi "private party"
Saya: Jadi, apa yang awak buat masa dekat private party?
LelakiHot(LH): Kita "have fun" lah. Aku suka pegi private party ni sebab best. Aku boleh minum banyak2.
Saya: Kalau kat kedai cina pun boleh minum banyak - banyak. Tapi kenapa private party?
LH: Sebab aku suka. Tengok kawan - kawan aku dengan awek - awek deorang. Semua mabuk. Ada yang muntah - muntah. Ada yang dah terbaring atas lantai. Ada yang amik E pastu kepala berdarah. Nak terjun tingkap semua. Benda - benda macam tu buatkan aku rasa persahabatan aku dengan kawan - kawan aku lagi rapat.
Saya: Pelik. Kalau sempit sangat, apa korang buat?
LH: Aku suka sempit - sempit nih. Sebab nanti aku rasa macam betul - betul "have fun".
Saya: Awak maksudkan macam videoclip Akon?
LH: Ya. Itu yang aku maksudkan.
Saya: Kalau buat kat bilik hotel. Katil tu untuk ape?
LH: Tu untuk orang chill out.
Saya: Kenapa katil?
LH: Nanti kalau orang nak baring sambil chill out pun boleh.
Saya: Siapa yang nak baring sambil berparti?
Jadi, itu saja rakan - rakan. Kita belajar tentang private party. Jadi, kalau anda tidak tahu apa - apa tentang apa yang berlaku sekarang, anda sudah tahu dengan blog ini! Selamat party persendirian!!
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
bilik stor? gile mangkok hayon. *maap ye aku baru tawu ape itu private party.
best...best...update la selalu. aku suka blog ko. dan blog anak matnor yang lain.
oi shaitan , sabtu ni acir nye bday..jom!
errr...
salam kenal.
budak baik tak pergi parti.
dok umah la weyh..
ooo..ini blog kau rupenye..patut la macam haram..
hahaha bodoh nye jawapan-jawapan LH and PH tu. bodoh teramat. chill out atas katil? wtf
terima kasih kerana telah menyediakan infomasi yang sgt berguna untuk generasi yg akan dtg.
'private party' tak sehebat bunyi.
menonton bola sepak di tv lebih menarik
blog ni memberi kesedaran jgn duk berhibur kt stor flat. cari tmpat class sket!
Post a Comment