Sunday, February 15, 2009

100 years old and still rockin'

Saya baru saja balik dari 'fiesta' sekolah saya, Anderson School Ipoh, yang baru saja mencapai umur 100 tahun! Yea, saya sangat bangga dan berbesar hati kerana dapat menjadi pelajar dari sekolah yang sangat bermakna dalam hidup saya, dan beratus - ratus ribu pelajar yang pernah belajar di sekolah ini.

Saya bukan ingin mengatakan bahawa sekolah saya adalah lebih baik daripada sekolah lain. Pada pendapat saya, semua sekolah adalah sekolah yang bagus. Kecuali, of course, St. Michael Instituition.

Saya mendapat kesedaran setelah hadir ke 'fiesta' itu. Setelah melihat orang - orang yang umurnya hampir 60-70 tahun, berlainan bangsa, rambut putih, tak larat bangun, tetapi larat untuk memeluk kawannya. Mungkin rakan sekelasnya. Saya terfikir tentang betapa indahnya dunia jika kita semua dapat berkelakuan seperti bekas - bekas pelajar Anderson ini.

Segalanya akan menjadi okay. Sangat okay.

5 comments:

lelah semu semata said...
This comment has been removed by the author.
yied said...

Yeah..sekolah kakak kamu pun bagus jugak..112 tahun usianya..

Telah me-link-kan blog kamu..Terima kasih daun keladi..

Unknown said...

aku dperlawa oleh digi utk turut serta walaupun aku xde kena mengena dgn skola tersebut...

BudAk hijAu said...

kne tunggu sekolah aku 100thn dulu la...hehhehehe..

Anonymous said...

bagusnya kalau dpt berkelakuan sperti mereka.tp kalau sudah 60/70 baru mahu begitu..hmmm.kau ada peluk sapa2 tak?