Thursday, November 6, 2008

diskusi filem bersama pak cik cina tua

Dvd Goodfellas saya terjatuh di depan Pak Cik Tua(PCT, jangan confuse dengan kumpulan Pussy Cat Tools). Mulalah conversation yang sangat interesting.

PCT: Itu cd james bond ka?
Saya: Bukan. Ini cerita gangster.
PCT: Owh, itu James Bond ada banyak untung ah? Saya ingat dalam 20 ribu untung woo.
Saya: (mungkin PCT tidak tahu filem Hollywood sebenarnya untung berjuta - juta) Wah! 20 ribu ke?
PCT: Yalah. Dulu itu orang putih untung 10 ribu itu macam saja. Sekarang 20 ribu wo.
Saya: Owh. Uncle suka tengok cerita James Bond ke?
PCT: Boleh lah. Sekarang cerita bagus ada 3 saja. Cerita Melayu hantu, orang putih lawan, dengan cina lawan. Lain semua talak bagus.
Saya: Uncle suka tengok cerita Melayu hantu?
PCT: Ya lah, manyak bagus woo. Kadang - kadang tengok itu melayu punya sifu (saya rasa bomoh) kasi halau sama itu hantu ah, manyak syiok wo.
Saya: Ya lah, tapi boleh percaya ke semua tu?
PCT: Eh, lu jangan main - main tau. Ini semua rumah lama - lama punya ada hantu punya tau. Kadang - kadang sifu melayu datang halau wo. Kadang - kadang hantu masuk badan ah, itu sifu melayu kasi pegang tangan semua kasi halau punya. Hiak!
Saya: Owh ya ka? Uncle tengok Melayu Hantu mana satu punya?
PCT: Itu selalu ada keluar TV punya. Kadang - kadang tengok jam sudah mau start saya cari kedai makan wo. Mau tengok maa.
Saya: Uncle tak dengar muzik ke?
PCT: Sekarang muzik manyak talak bagus lah. Uncle dengar melayu punya muzik dengan cina lama - lama punya.
Saya: Melayu punya muzik uncle dengar siapa?
PCT: Uncle pasang saja radio melayu ah, mesti bagus punya lagu keluar. Itu gitar punya "bang" banyak bagus wo. (tak tahu apa maksud sebenarnya) Bab bab bab (mendendang sebuah lagu)
Saya: Okay uncle. Bas saya sudah sampai.
PCT: Okay. Bye.

Uncle itu menghilangkan diri dengan cara yang sangat mysterious.

P/s: hari ini saya cuba membunuh diri, tapi it slipped my mind sebab saya tengok cerita The Moment of Truth

Saturday, October 25, 2008

Brekfast

Sudah lama saya tak breakfast. Tapi hari ini, saya sempat breakfast walaupun lambat sikit. Saya sangat berbangga hari ini, oleh itu saya telah mengambil keputusan untun TIDAK membunuh diri as planned. Terima kasih dunia. Mungkin saya akan bunuh diri esok, sila datang ke kenduri arwah saya. Makanan tidak disediakan, BYOB.

Sunday, September 28, 2008

Raya Special

Maaf kerana sudah agak lama saya tak update blog saya. Saya dan girlfriend saya baru saja balik dari UK. Kami sedang berbincang dengan syarikat Topshop untuk mengeluarkan fashion terbaru Topshop. Iaitu Skinny Raya. Anda hanya perlu bayangkan baju melayu yang biasa tetapi seluar yang skinny. Selain itu, baju kurung kita sudah ditukarkan dan telah diletakkan design - design seperti cartoon "He-Man" dan sebagainya. Tidak lupa juga tudung Topshop yang akan mempunyai design seperti skarf - skarf yang sedia ada. Saya ingin meletakkan gambar - gambar contoh tetapi, mungkin saya akan dibunuh. Saya harap Hari Raya kali ini akan membawa kegembiraan kepada awak semua. Selamat Aidilfitri.

Friday, September 19, 2008

permintaan ramai

Disebabkan oleh permintaan yang terlampau ramai, saya telah mengambil keputusan untuk membuat 15 perkara tentang saya:

1) Saya.
2) Saya.
3) Saya.
4) Saya.
5) Saya.
6) Saya.
7) Saya.
8) Saya.
9) Saya.
10) Ya. Saya lagi.
11) Kali ini bukan awak. Tapi saya.
12) Awak ingat ni page awak ke nak cakap pasal awak? Sekarang kita cakap pasal saya lah.
13) Woi!! Di belakang sana! Awak cakap pasal ape huh?? Baik awak cakap pasal saya sekarang jugak!!!!
14) Saya akan buat satu library penuh dengan buku tentang saya.
15) Saya.

saya rasa itu saja yang awak perlu tahu tentang saya. Saya hebat, awak tak.

Wednesday, September 17, 2008

Mimpi Saya yang ke - 168.

Dua orang polis berpakaian seperti komando telah berjaya menangkap saya apabila saya sedang kencing di tepi semak samun di sebelah rumah saya.

Saya telah diikat dan blind-folded. Mereka meletakkan saya di sebuah bilik yang gelap. Saya masih tak faham kenapa bilik itu gelap, sedangkan saya telah di blind - folded. Saya terdengar bunyi orang masuk bilik dan blindfold saya telah dibuka. Bilik masih gelap, sehinggalah saya dengar suara yang sangat familiar menyuruh buka lampu. Suara itu adalah suara Pak Lah sendiri.

Pak Lah mula - mula menyuruh saya buka baju dan seluar, tetapi saya enggan. Saya telah dipukul lagi. Sehinggalah saya explain kepada Pak Lah yang saya tidak dapat buka baju dan seluar saya kerana tangan saya diikat. Pak Lah pun membuka ikatan pada tangan saya dan saya di strip searched.

Setelah diperiksa sebanyak 5 kali, Pak Lah pun mengambil keputusan untuk berbincang dengan saya. Saya tanya Pak Lah, "Apa yang saya dah buat?" dengan sedikit tangisan kerana salah seorang polis tadi mempunyai jari yang besar tiada tolok bandingannya. Pak Lah menjawab "Awak download hentai secara excessive, tidakkah awak tahu bahawa hentai itu membawa mesej - mesej anti kerajaan? Dan lebih teruk lagi, mesej - mesej anti-saya!!". Saya mengaku, memang saya amat download hentai, tapi saya tidak pernah pun terfikir tentang mesej - mesej anti - kerajaan atau anti - pak lah. Sebelum saya sempat menjawab, saya telah dipukul teruk oleh beberapa orang pegawai polis. Saya rasa, salah seorang daripada mereka adalah tak lain tak bukan, Jehan Miskin.

Selepas dipukul teruk, Pak Lah meneruskan soal siasat saya. Tetapi saya enggan "jatuhkan kacang - kacang saya"(spill my beans). Pak Lah pun keluar dari bilik itu. Saya menjerit kepada Jehan Miskin, "I thought you were my fren!" Jehan Miskin buat bodoh. Setelah Pak Lah kembali, dia membawa sepinggan nasi kosong dan telur bungkus. Makanan kegemaran saya. Dan Pak Lah mula menyuap saya. Sambil menyuap, dia pun tanya pada saya, "Albert, bagitau lah saya, dimana awak dapat download hentai - hentai itu?" Sambil mengunyah, saya pun menjawab "senang saja. www...." kemudia saya terfikir. dan saya rasa fikiran saya betul kali ini. Pak Lah sedang menggunakan reverse psychology.

Saya mula - mula ingin meludah makanan itu, tapi saya menelan makanan itu dulu dan meludah sayur - sayur yang tersekat di celah gigi saya. Pak Lah mengamuk. "Kau akan menyesal perbuatan kau ini!". Tiba - tiba seorang perempuan membuka pintu. Saya tak berapa nampak mukanya, tapi saya pasti perempuan ini lawa. "Mari sini, darling" Pak Lah berkata. Dia menuju Pak Lah perlahan - lahan. Dan dia pun memeluk Pak Lah. "TidakkkKkk!!!!" aku menjerit. Betul sangkaan aku, perempuan yang memeluk Pak Lah itu adalah Nora Danish. "Biarkan dia Bang Lah, dia sudah cukup sengsara". Pak Lah tersenyum. Dia memegang tangan Pak Lah dan meninggalkan saya di dalam bilik itu bersama seorang polis yang mempunyai jari yang besar dan Jehan Miskin. Saya hanya dapat menjerit "tidak".

Saya terbangun selepas mimpi yang dahsyat itu. Nasib baik, Nora Danish di sebelah saya sedang tidur. "Nora," saya berkata, " I mimpi buruk lah". Saya pun bercerita kepada Nora tentang mimpi buruk itu. Dia kata itu semua hanyalah mimpi dan saya paranoid lebih. Saya kembali tidur.

Nora Danish


Tuesday, September 16, 2008

Kawan Lama Saya

Beberapa hari lepas, saya dan kawan saya telah melawat ke lokasi shooting 5 jingga. Sebuah show di 8tv. Saya terjumpa dengan kawan lama saya, Jehan Miskin. Pada Festival Filem Malaysia yang lepas, saya dan beberapa rakan saya (3 orang je sebenarnya) pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan Festival ini. Kita hanya dapat menjadi mock up fans yang tidak berbayar. Saya mengambil kesempatan itu untuk menyedarkan "orang - orang filem" tanah air bahawa apa yang kita perlukan artis dan bukan celebrity (artist adalah pengiat seni, celebrity giat keluar di Melodi) Saya pun terjumpa dengan En. Jehan Miskin. Saya beritahu dia, "We need artist, not Celebrities" dia pun dengan bangganya memberitahu saya yang dia tidak reti melukis. Sejak itu, kita menjadi kawan yang tidak beberapa akrab.

Pada sesi penggambaran 5 jingga, saya terbatal puasa kerana mereka sedang shooting scene pertandingan cheerleading. Saya pasti bukan saya saja yang terbatal puasa. Kawan saya yang tomboy pun terbatal puasa apatah lagi saya. Kemudian saya ternampak dia, rambut sudah pendek sikit. Dia memakai t-shirt putih yang ketat dan menampakkan ke-maskulin-an dia. Saya memanggil dia dan kita sempat berbicara. Begini lah conversation nya.

SAYA: Abang Jehan!
JEHAN: Yo!
(bersalaman dengan tangan Jehan yang kental)
SAYA: Haritu kita pernah jumpa kat FFM.
JEHAN: Oh ye ke?
SAYA: Owh, saya jadi mock up fans je. Yang duduk kat tepi red carpet tu.
JEHAN: Hahaha. Mock up fans. Dibayar tak?
SAYA: Hahaha. Tak ah.
JEHAN: Hahahaha.
(Pada masa ini, saya rasa Jehan Miskin sedang mengutuk saya)
SAYA: Saya yang pakai baju "We Need Artist Not Celebrities" tu. Abang Jehan ingat lagi tak?
JEHAN: Oh. Ye la. Saya ingat.

Jehan pun melarikan dirinya dan buat - buat ada kerja lain. (Saya harap kerja lain dia bukan melukis.) Sudah beberapa hari sejak saya jumpa Jehan Miskin, dan saya sangat merindui dia. Saya harap kita boleh berjumpa lagi dan dia boleh gelakkan saya lagi. Lagipun, ini dunia dia, saya hanya menumpang.

-lebih baik jadi miskin, daripada jadi jehan miskin-

Sunday, August 24, 2008

Kenapa begitu serius?

kenapa begitu serius? haritu saya naik taxi dengan sorang mamat singh yang kalau awak tengok dia dari jauh, awak nak call polis sebab muka dia macam pembunuh dan perogol. tetapi, setelah saya mendalami dia walaupun pertemuan kita hanya singkat, dia adalah seorang philosopher yang mungkin tidak cukup duit untuk publish buku - buku beliau. dia suka gelak walaupun gigi dia tak dijaga rapi, dia juga kerap beritahu saya, hidup ini pendek, berseronoklah. umur dia kira 40++.
bercakap tentang umur, dia beritahu saya yang suatu hari dia ingin jumpa anwar ibrahim. "kenapa?" saya tanya dia. Dia cakap, "Saya umur 40 lebih pun sudah kaki banyak goyang, anwar ibrahim boleh main belakang lagi wo" Saya hanya gelak dan terfikir, saya baru 19 dan kaki saya pun banyak goyang. mungkin saya pun nak jumpa anwar ibrahim.
kita pun bersembang dari politik ke porno (bukan ada banyak beza pun), perempuan ke pak haji. sehingga lah, bila nak sampai rumah saya, dia beritahu 3 perkara yang paling penting dalam dunia. 1) makan dan minum (walaupun saya argue dengan dia kejap, saya rasa makan dan minum dikira 2 perkara). 2) duit dan 3) seks. Ya, dia adalah orang tua yang gatal. Tetapi awak takkan menyampah, sebab dia macam datuk shin chan. bukan seorang lelaki yang bernama shin chan yang dapat pangkat datuk, tetapi datuk kepada shin chan dalam komik dik cerdas.
dia berkata, pak haji ke, pencuci tandas ke, perempuan ke, lelaki ke, india ke, cina ke, melayu ke, semua orang perlukan seks. Kecuali Timbalan Perdana Menteri kita, dia perlukan seks yang lebih. haha. (ini adalah kali kedua seorang pemandu taxi yang saya kenal mengatakan bahawa Najib adalah seorang womanizer. mungkin kerana najib comel).
mungkin dia buat lawak - lawak ini kerana dia depressed di rumah. tetapi saya tanak berfikiran begitu kerana ia terlalu depressive. saya tak suka perkara - perkara depressive. sebab tu saya tak tengok weeds.
dialah joker versi malaysia.