Sunday, September 28, 2008

Raya Special

Maaf kerana sudah agak lama saya tak update blog saya. Saya dan girlfriend saya baru saja balik dari UK. Kami sedang berbincang dengan syarikat Topshop untuk mengeluarkan fashion terbaru Topshop. Iaitu Skinny Raya. Anda hanya perlu bayangkan baju melayu yang biasa tetapi seluar yang skinny. Selain itu, baju kurung kita sudah ditukarkan dan telah diletakkan design - design seperti cartoon "He-Man" dan sebagainya. Tidak lupa juga tudung Topshop yang akan mempunyai design seperti skarf - skarf yang sedia ada. Saya ingin meletakkan gambar - gambar contoh tetapi, mungkin saya akan dibunuh. Saya harap Hari Raya kali ini akan membawa kegembiraan kepada awak semua. Selamat Aidilfitri.

Friday, September 19, 2008

permintaan ramai

Disebabkan oleh permintaan yang terlampau ramai, saya telah mengambil keputusan untuk membuat 15 perkara tentang saya:

1) Saya.
2) Saya.
3) Saya.
4) Saya.
5) Saya.
6) Saya.
7) Saya.
8) Saya.
9) Saya.
10) Ya. Saya lagi.
11) Kali ini bukan awak. Tapi saya.
12) Awak ingat ni page awak ke nak cakap pasal awak? Sekarang kita cakap pasal saya lah.
13) Woi!! Di belakang sana! Awak cakap pasal ape huh?? Baik awak cakap pasal saya sekarang jugak!!!!
14) Saya akan buat satu library penuh dengan buku tentang saya.
15) Saya.

saya rasa itu saja yang awak perlu tahu tentang saya. Saya hebat, awak tak.

Wednesday, September 17, 2008

Mimpi Saya yang ke - 168.

Dua orang polis berpakaian seperti komando telah berjaya menangkap saya apabila saya sedang kencing di tepi semak samun di sebelah rumah saya.

Saya telah diikat dan blind-folded. Mereka meletakkan saya di sebuah bilik yang gelap. Saya masih tak faham kenapa bilik itu gelap, sedangkan saya telah di blind - folded. Saya terdengar bunyi orang masuk bilik dan blindfold saya telah dibuka. Bilik masih gelap, sehinggalah saya dengar suara yang sangat familiar menyuruh buka lampu. Suara itu adalah suara Pak Lah sendiri.

Pak Lah mula - mula menyuruh saya buka baju dan seluar, tetapi saya enggan. Saya telah dipukul lagi. Sehinggalah saya explain kepada Pak Lah yang saya tidak dapat buka baju dan seluar saya kerana tangan saya diikat. Pak Lah pun membuka ikatan pada tangan saya dan saya di strip searched.

Setelah diperiksa sebanyak 5 kali, Pak Lah pun mengambil keputusan untuk berbincang dengan saya. Saya tanya Pak Lah, "Apa yang saya dah buat?" dengan sedikit tangisan kerana salah seorang polis tadi mempunyai jari yang besar tiada tolok bandingannya. Pak Lah menjawab "Awak download hentai secara excessive, tidakkah awak tahu bahawa hentai itu membawa mesej - mesej anti kerajaan? Dan lebih teruk lagi, mesej - mesej anti-saya!!". Saya mengaku, memang saya amat download hentai, tapi saya tidak pernah pun terfikir tentang mesej - mesej anti - kerajaan atau anti - pak lah. Sebelum saya sempat menjawab, saya telah dipukul teruk oleh beberapa orang pegawai polis. Saya rasa, salah seorang daripada mereka adalah tak lain tak bukan, Jehan Miskin.

Selepas dipukul teruk, Pak Lah meneruskan soal siasat saya. Tetapi saya enggan "jatuhkan kacang - kacang saya"(spill my beans). Pak Lah pun keluar dari bilik itu. Saya menjerit kepada Jehan Miskin, "I thought you were my fren!" Jehan Miskin buat bodoh. Setelah Pak Lah kembali, dia membawa sepinggan nasi kosong dan telur bungkus. Makanan kegemaran saya. Dan Pak Lah mula menyuap saya. Sambil menyuap, dia pun tanya pada saya, "Albert, bagitau lah saya, dimana awak dapat download hentai - hentai itu?" Sambil mengunyah, saya pun menjawab "senang saja. www...." kemudia saya terfikir. dan saya rasa fikiran saya betul kali ini. Pak Lah sedang menggunakan reverse psychology.

Saya mula - mula ingin meludah makanan itu, tapi saya menelan makanan itu dulu dan meludah sayur - sayur yang tersekat di celah gigi saya. Pak Lah mengamuk. "Kau akan menyesal perbuatan kau ini!". Tiba - tiba seorang perempuan membuka pintu. Saya tak berapa nampak mukanya, tapi saya pasti perempuan ini lawa. "Mari sini, darling" Pak Lah berkata. Dia menuju Pak Lah perlahan - lahan. Dan dia pun memeluk Pak Lah. "TidakkkKkk!!!!" aku menjerit. Betul sangkaan aku, perempuan yang memeluk Pak Lah itu adalah Nora Danish. "Biarkan dia Bang Lah, dia sudah cukup sengsara". Pak Lah tersenyum. Dia memegang tangan Pak Lah dan meninggalkan saya di dalam bilik itu bersama seorang polis yang mempunyai jari yang besar dan Jehan Miskin. Saya hanya dapat menjerit "tidak".

Saya terbangun selepas mimpi yang dahsyat itu. Nasib baik, Nora Danish di sebelah saya sedang tidur. "Nora," saya berkata, " I mimpi buruk lah". Saya pun bercerita kepada Nora tentang mimpi buruk itu. Dia kata itu semua hanyalah mimpi dan saya paranoid lebih. Saya kembali tidur.

Nora Danish


Tuesday, September 16, 2008

Kawan Lama Saya

Beberapa hari lepas, saya dan kawan saya telah melawat ke lokasi shooting 5 jingga. Sebuah show di 8tv. Saya terjumpa dengan kawan lama saya, Jehan Miskin. Pada Festival Filem Malaysia yang lepas, saya dan beberapa rakan saya (3 orang je sebenarnya) pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan Festival ini. Kita hanya dapat menjadi mock up fans yang tidak berbayar. Saya mengambil kesempatan itu untuk menyedarkan "orang - orang filem" tanah air bahawa apa yang kita perlukan artis dan bukan celebrity (artist adalah pengiat seni, celebrity giat keluar di Melodi) Saya pun terjumpa dengan En. Jehan Miskin. Saya beritahu dia, "We need artist, not Celebrities" dia pun dengan bangganya memberitahu saya yang dia tidak reti melukis. Sejak itu, kita menjadi kawan yang tidak beberapa akrab.

Pada sesi penggambaran 5 jingga, saya terbatal puasa kerana mereka sedang shooting scene pertandingan cheerleading. Saya pasti bukan saya saja yang terbatal puasa. Kawan saya yang tomboy pun terbatal puasa apatah lagi saya. Kemudian saya ternampak dia, rambut sudah pendek sikit. Dia memakai t-shirt putih yang ketat dan menampakkan ke-maskulin-an dia. Saya memanggil dia dan kita sempat berbicara. Begini lah conversation nya.

SAYA: Abang Jehan!
JEHAN: Yo!
(bersalaman dengan tangan Jehan yang kental)
SAYA: Haritu kita pernah jumpa kat FFM.
JEHAN: Oh ye ke?
SAYA: Owh, saya jadi mock up fans je. Yang duduk kat tepi red carpet tu.
JEHAN: Hahaha. Mock up fans. Dibayar tak?
SAYA: Hahaha. Tak ah.
JEHAN: Hahahaha.
(Pada masa ini, saya rasa Jehan Miskin sedang mengutuk saya)
SAYA: Saya yang pakai baju "We Need Artist Not Celebrities" tu. Abang Jehan ingat lagi tak?
JEHAN: Oh. Ye la. Saya ingat.

Jehan pun melarikan dirinya dan buat - buat ada kerja lain. (Saya harap kerja lain dia bukan melukis.) Sudah beberapa hari sejak saya jumpa Jehan Miskin, dan saya sangat merindui dia. Saya harap kita boleh berjumpa lagi dan dia boleh gelakkan saya lagi. Lagipun, ini dunia dia, saya hanya menumpang.

-lebih baik jadi miskin, daripada jadi jehan miskin-

Sunday, August 24, 2008

Kenapa begitu serius?

kenapa begitu serius? haritu saya naik taxi dengan sorang mamat singh yang kalau awak tengok dia dari jauh, awak nak call polis sebab muka dia macam pembunuh dan perogol. tetapi, setelah saya mendalami dia walaupun pertemuan kita hanya singkat, dia adalah seorang philosopher yang mungkin tidak cukup duit untuk publish buku - buku beliau. dia suka gelak walaupun gigi dia tak dijaga rapi, dia juga kerap beritahu saya, hidup ini pendek, berseronoklah. umur dia kira 40++.
bercakap tentang umur, dia beritahu saya yang suatu hari dia ingin jumpa anwar ibrahim. "kenapa?" saya tanya dia. Dia cakap, "Saya umur 40 lebih pun sudah kaki banyak goyang, anwar ibrahim boleh main belakang lagi wo" Saya hanya gelak dan terfikir, saya baru 19 dan kaki saya pun banyak goyang. mungkin saya pun nak jumpa anwar ibrahim.
kita pun bersembang dari politik ke porno (bukan ada banyak beza pun), perempuan ke pak haji. sehingga lah, bila nak sampai rumah saya, dia beritahu 3 perkara yang paling penting dalam dunia. 1) makan dan minum (walaupun saya argue dengan dia kejap, saya rasa makan dan minum dikira 2 perkara). 2) duit dan 3) seks. Ya, dia adalah orang tua yang gatal. Tetapi awak takkan menyampah, sebab dia macam datuk shin chan. bukan seorang lelaki yang bernama shin chan yang dapat pangkat datuk, tetapi datuk kepada shin chan dalam komik dik cerdas.
dia berkata, pak haji ke, pencuci tandas ke, perempuan ke, lelaki ke, india ke, cina ke, melayu ke, semua orang perlukan seks. Kecuali Timbalan Perdana Menteri kita, dia perlukan seks yang lebih. haha. (ini adalah kali kedua seorang pemandu taxi yang saya kenal mengatakan bahawa Najib adalah seorang womanizer. mungkin kerana najib comel).
mungkin dia buat lawak - lawak ini kerana dia depressed di rumah. tetapi saya tanak berfikiran begitu kerana ia terlalu depressive. saya tak suka perkara - perkara depressive. sebab tu saya tak tengok weeds.
dialah joker versi malaysia.

Sunday, July 20, 2008

mereka pun macam kita jugak.

(Shabery di dalam kereta. Sedang menunggu seseorang diluar rumah. Out-focus:ANWAR buka pintu rumah. Dia sedang memakai kain pelekat dan baju pegoda.)



ANWAR: Tunggu jap Shabery! Aku tinggal nak pakai jaket je! Kau nak air tak??

SHABERY: Tak payah lah!

(SHABERY sighs. Anwar masuk rumah balik. LATER: Anwar keluar bawak sepasang kasut dan sebotol air. Anwar masuk kereta)

ANWAR: Kau nak air tak?

SHABERY: Takpe.

(ANWAR pakai kasut dalam kereta)

ANWAR: Kau tau, tadi aku main game Guitar Hero 3...

SHABERY: Kau dah lepas on expert ke?

ANWAR: Itu aku nak cakap kat kau ni, aku boleh main gitar betul je lah. Sebab aku dah tau mcm mana nak main semua lagu dalam guitar hero 3 tuh. Aku tak suka lah. Sebab ada 5 buttons kan??--

SHABERY: Apa - apa je lah, Nuar.

ANWAR: -- kalau gitar betul ada 6 tali --

SHABERY: Apa - apa je lah, Nuar.

ANWAR: Kalau ada 6 buttons aku main lah. Ikut logic.

SHABERY: Apa - apalah, Nuar.

ANWAR: Kau nervous pasal debate ke? Aku ada ubat untuk kau.

(ANWAR mengeluarkan sebalut M. J. dari poketnya dan berikan kepada Shabery. Shabery mengambil dan membakar)

ANWAR: hehe. Aku pun ada gak. Hehe.

(ANWAR mengeluarkan lagi sebalut dan membakar)

SHABERY: Aku ada lagu untuk kau.

(SHABERY memasang lagu Insane in the Membrane.)

ANWAR: Kau dengar lagu Cypress Hill? Aku dah tak larat. Lagipun aku dah dengar lagu - lagu lain sekarang.

SHABERY: Kau dah tak dengar Cypress Hill?? Kau gila ape?

ANWAR: Tak, aku dah tak larat. Kau tak dengar ape aku cakap ke tadi? Anyway, aku sekarang dah agak suka electronica.

SHABERY: Electronica?

ANWAR: Ye. Haritu aku pergi ada concert dekat mana ntah. Aku dengar deorang ni layan beb. Aku terasa muda bila aku dengar lagu - lagu deorang.

SHABERY: Kau sentiasa nampak muda, Nuar..

(Shabery mengrapatkan badannya)

ANWAR: Kau ckp ape nih?

SHABERY: Takde. Orang rumah aku suruh check. Kau ni gay betul ke?

ANWAR: Heih.. Isteri kau dari dulu sampai sekarang asyik menyibuk.

SHABERY: Biasa lah. Kau dah tengok Dark Knight?

ANWAR: Aku pegi pakai baju Batman hari tu. Aku pegi dengan Ibie. Ibie pakai baju joker.

SHABERY: Ibie? Sape Ibie?

ANWAR: Ibrahim Ali. Mula - mula aku nak jadi joker. Tapi Ibie cakap Joker nanti nampak macam aku jahat. Baik aku jadi Batman. Walaupun nampak jahat, tapi baik. Eh. Kau tau tak? Haritu Mahathir sms aku.

SHABERY: Dia cakap ape?

ANWAR: Dia ajak tengok WALL - E.

SHABERY: Owh. Eh. Kita nak sampai dah ni. Nak buang mana nih?

ANWAR: Kau campak je tepi tingkap.

(clip ANWAR sedang berdebat)

ANWAR: Saya cuma mintak Barisan Nasional... (VOICE - OVER) Patut ke aku tengok cerita WALL-E dengan Mahathir? Tapi Ibie dah siapkan baju EVE dia.

(clip SHABERY dengan air liur di bibir.)

SHABERY: Dia dulu menentang Tun Dr. Mahathir. (VOICE - OVER) Aku sepatutnya minum air tadi.


Friday, July 18, 2008

RALAT

Nurul Izzah dah kahwin. Wrong info from the wrong guy.