Friday, December 5, 2008

(mengeluh)

Setelah menonton porno bersama - sama kawan saya. Mereka pun sudah bosan dan ingin balik. Saya berkata "Jom makan dulu". Kita pun pegi makan. Rokok dah nak dekat habis, jadi saya terfikir bolehlah saya beli rokok sekali.

Selepas makan dan bersembang - sembang, mereka ingin balik kerana hari sudah makin gelap. Sudah pukul 5. Saya ajak tengok wayang. Mereka menolak. Mereka pun balik.

Rokok saya dah habis, jadi saya mulakan perjalanan saya membeli rokok. Saya tidak ingin membeli di seven eleven kerana banyak awek dan membuatkan saya nervous. Jadi saya teruskan perjalanan saya lagi. Saya singgah sebentar di sebuah kedai dvd yang bersebelahan dengan sebuah starbucks'. Saya pun mencari dvd dari alphabet A - Z. Saya siap masuk bilik yang tersorok untuk mencari cerita yang kurang baik untuk budak - budak 12 kebawah. (Ya, saya rasa budak berumur 13 ke atas patut di expose kan kepada porno).

Saya singgah ke sebuak kedai magazine yang menjual buku - buku secondhand. Saya mencari buku - buku dari alphabet A - Z. Saya sendiri pun tahu yang saya takkan beli buku - buku itu kerana kebanyakkannya adalah buku - buku tulisan "Sidney Sheldon", "Robert Ludlum" dan sebagainya. Saya pun beli rokok. Untuk membuatkan saya berasa perjalanan ini worth, saya beli sebotol coke dan aiskrim. Saya pun balik rumah.

Saya tengok, baru pukul 6. At least, saya dah ada rokok.

1 comment:

anony-mouse said...

motifffffffffffff???