Sunday, July 13, 2008

lagu untuk 2 orang tua yang sedang bergaduh

Inilah kisah dua orang tua,
Yang sedang mengelamun bersengketa.
Datang dari dunia yang sama.
Tuhan yang disembah pun Yang Maha Esa.

Sorang tuduh disana,
Sorang tuduh disini.
Tapi bila nak jumpa,
Sorang pun tak berani.

Oh! Tidak sedarkah kau, wahai orang tua?
Sudah tiba masanya untuk engkau keluar.
Rambut pun dah putih, dan hampir tiada.
Tapi tak sedar diri, masih nak berkuasa.

Dulu engkau hebat, sekarang kau dah tenat.
Kita pun dah penat, melayan kau punya gelagat.
Mari aku bawa ke rumah, kita sama - sama solat,
Jangan kau lupa, amalan sunat.

Tolonglah jangan bergaduh lagi,
banyak akan disoal nanti.
Ini bukan berita terkini,
Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tidak sedarkah kau, wahai orang tua?
Era engkau tamat sudah lama.
Tolonglah berjabat dan bersuka ria,
Sudah tiba masa Barack Obama. Barack Obama!

Note: 1) Lagu ini BUKAN untuk anwar dan najib ;)
2) Kalau nak cuba bermain lagu ini, sila gunakan chord yang simple saja : G C D G.
3) Influence dari Irish folk songs.

No comments: