Thursday, December 25, 2008

Thou shalt listen to Atom Heart Mother by Pink Floyd

Dalam sejarah imaginasi manusia, karya - karya yang paling hebat adalah William Shakespeare Romeo and Juliet, dan Beethoven Fifth and Ninth Symphony. Personally, saya rasa karya paling hebat dalam imaginasi manusia adalah lagu Atom Heart Mother oleh pink floyd.

Anda boleh mendengar lagu ini di Youtube. Malangnya, oleh kerana lagu ini terlalu panjang, ia telah dibahagikan kepada empat suite atau empat bahagian.


Saya juga rasa lagu ini patut diletakkan sebagai the 11th commandment dari kitab torah. Semua remaja berumur 17 - 21 harus dengar lagu ini. Ia seperti bersunat. Cuma awak kena dengar lagu pink floyd.

Kepada lelaki, mungkin awak selalu dengar soalan "Kau sunat umur brapa ah?". Tetapi, dengan 11th commandment ini, awak akan ditanya "Kau dengar Atom Heart Mother umur brapa ah?". Atau "Lepas spm ni kau nak buat apa?" jawabnya "Aku rasa aku nak dengar Atom Heart Mother lah"

Jadi saya menyeru kepada followers - followers saya dan kepada sesiapa saja yang ingin mengikut cult saya, sila lah dengar Atom Heart Mother. ATAU KAU DIPANCUNG DI DEPAN KELUARGA KAU!!

Monday, December 22, 2008

apa nih?

saya baru sahaja check email dan handphone saya. saya dapati berjuta - juta orang yang ingin mengenali tentang diri saya secara lebih mendalam telah tag saya. Jadi, beginilah cara saya akan membayar peminat - peminat saya dan followers (mulai hari ini, saya akan memanggil deorang "disciples")

1) Do you think you're hot?
80 % of all the time.

2) Upload your favorite picture of you!
- U have to pay for my pictures, buddy.

3) Why do you like that picture?
- What picture?

4) When was the last time you ate pizza?
- No idea.

5) The last song you listened to?
- Atom Heart Mother by Pink Floyd. (saya nak buat blog pasal lagu inii)

6) What are you doing right now besides this?
- Absolutely nothing.

7) What name would you prefer besides yours?
- George Clooney. Saya harap rupa saya pun mcm Geogre Clooney kalau saya tukar nama kepada George Clooney.

People To Tag
1) Che Det (saya tak ramai kawan, jadi saya akan tag orang - orang famous. Lagi pun adik saya dah tag kakak saya)
2) Raja Petra
3) Yasmin Ahmad
4) Anwar Ibrahim
5) Mirul (ni pun kalau dia baca)

8) Who is number one?
- Perdana Menteri Malaysia ke - 4

9) Number three is having a relationship with?
- Mana saya tau pasal Yasmin Ahmad

10) Say something about number five?
- Kawan saya yang terpaksa layan saya bila saya lonely and bored

11) How about number four?
- How bout what?

12) Who is number two?
- Raja Petra lah. Duh. (gedix mode)

Saturday, December 13, 2008

Selamat Pengantin Baru.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mawi dan Ekin. Sambil mendengar lagu Smile oleh Charlie Chaplin, saya dapat bayang betapa mak cik mak cik yang menjadi peminta mawi bergembira oleh kerana mawi hendak kahwin. Seorang ibu di Kampung Tersisir di Grik telah membunuh anak perempuannya sendiri kerana "mission" anak perempuan,yang baru berusia 17 tahun, memaksa anaknya tinggal di KL untuk menjadi isteri Mawi, gagal.

"Ini untuk jodoh anak saya dengan Mawi. Mak cik masih percaya bahawa Mawi akan menjadi menantu Mak cik!!" Kata mak cik itu.

Saya pernah tertengok satu iklan di tv. Mawi dan Ekin ke kursus kahwin. saya sangat terkejut. Siapa yang tengok benda - benda macam ni? Aku bertanya kepada adik aku. Tak terjawab. Kalau dia jawab pun saya dah lupa.

Saya pun terfikir tentang sebuah reality show. Yang saya rasa sesuai untuk semua masyarakat.

Live Dari Rumah Mawi
Mawi dan Ekin: Malam Pertama
Host : Aznil.
Ia merakam apa yang berlaku pada Mawi dan Ekin pada malam pertama mereka. Ya, ia jugak merakam kegiatan seksual, yang mungkin diluar tabii, mawi dan ekin.
Aznil Nawawi pula akan menjadi Host yang akan menjadi "commentary" untuk reality show ini.
Saya bayangkan ending of the reality show. Mawi dan Ekin baru saja habis melakukan kegiatan seksual mereka. Aznil pun berkata "Uuuuu... Saya harap kita ada season2!"

Friday, December 5, 2008

(mengeluh)

Setelah menonton porno bersama - sama kawan saya. Mereka pun sudah bosan dan ingin balik. Saya berkata "Jom makan dulu". Kita pun pegi makan. Rokok dah nak dekat habis, jadi saya terfikir bolehlah saya beli rokok sekali.

Selepas makan dan bersembang - sembang, mereka ingin balik kerana hari sudah makin gelap. Sudah pukul 5. Saya ajak tengok wayang. Mereka menolak. Mereka pun balik.

Rokok saya dah habis, jadi saya mulakan perjalanan saya membeli rokok. Saya tidak ingin membeli di seven eleven kerana banyak awek dan membuatkan saya nervous. Jadi saya teruskan perjalanan saya lagi. Saya singgah sebentar di sebuah kedai dvd yang bersebelahan dengan sebuah starbucks'. Saya pun mencari dvd dari alphabet A - Z. Saya siap masuk bilik yang tersorok untuk mencari cerita yang kurang baik untuk budak - budak 12 kebawah. (Ya, saya rasa budak berumur 13 ke atas patut di expose kan kepada porno).

Saya singgah ke sebuak kedai magazine yang menjual buku - buku secondhand. Saya mencari buku - buku dari alphabet A - Z. Saya sendiri pun tahu yang saya takkan beli buku - buku itu kerana kebanyakkannya adalah buku - buku tulisan "Sidney Sheldon", "Robert Ludlum" dan sebagainya. Saya pun beli rokok. Untuk membuatkan saya berasa perjalanan ini worth, saya beli sebotol coke dan aiskrim. Saya pun balik rumah.

Saya tengok, baru pukul 6. At least, saya dah ada rokok.

Thursday, November 27, 2008

Saya Bangga

Saya mendapati bahawa saya ada 3 followers yang baru. Ini adalah satu progress yang sangat membanggakan saya. Saya akan membuat satu "cult" dengan keempat - empat followers saya, and we will take over the world by storm!

Kita juga akan menyerang blog - blog yang lain dan akan memaksa mereka menunduk kepada saya. Jangan risau followers - followers ku, ini akan tercapai jika kita berkerja sama. Kita akan tunjuk pada mereka siapa diri kita sebenarnya! Kita juga akan memaksa mereka menjadi followers - followers kepada blog saya. Dan saya akan menyebarkan perkara yang benar!

Long live blog "Untuk Mata Anda Sahaja"!

Thursday, November 13, 2008

brain tumor

Saya rasa saya ada brain tumor. Haih. Saya nak beritahu kepada semua orang sebelum brain tumor ini mengambil nyawa saya: Lebih baik jadi junkie kalah judi muka macam babi air kosong pun susah nak beli makan pun tangan kiri daripada jadi yuppie (remaja cool yang sering anda nampak di club - club dan kononnya "Living their live"). Terima kasih.

Thursday, November 6, 2008

diskusi filem bersama pak cik cina tua

Dvd Goodfellas saya terjatuh di depan Pak Cik Tua(PCT, jangan confuse dengan kumpulan Pussy Cat Tools). Mulalah conversation yang sangat interesting.

PCT: Itu cd james bond ka?
Saya: Bukan. Ini cerita gangster.
PCT: Owh, itu James Bond ada banyak untung ah? Saya ingat dalam 20 ribu untung woo.
Saya: (mungkin PCT tidak tahu filem Hollywood sebenarnya untung berjuta - juta) Wah! 20 ribu ke?
PCT: Yalah. Dulu itu orang putih untung 10 ribu itu macam saja. Sekarang 20 ribu wo.
Saya: Owh. Uncle suka tengok cerita James Bond ke?
PCT: Boleh lah. Sekarang cerita bagus ada 3 saja. Cerita Melayu hantu, orang putih lawan, dengan cina lawan. Lain semua talak bagus.
Saya: Uncle suka tengok cerita Melayu hantu?
PCT: Ya lah, manyak bagus woo. Kadang - kadang tengok itu melayu punya sifu (saya rasa bomoh) kasi halau sama itu hantu ah, manyak syiok wo.
Saya: Ya lah, tapi boleh percaya ke semua tu?
PCT: Eh, lu jangan main - main tau. Ini semua rumah lama - lama punya ada hantu punya tau. Kadang - kadang sifu melayu datang halau wo. Kadang - kadang hantu masuk badan ah, itu sifu melayu kasi pegang tangan semua kasi halau punya. Hiak!
Saya: Owh ya ka? Uncle tengok Melayu Hantu mana satu punya?
PCT: Itu selalu ada keluar TV punya. Kadang - kadang tengok jam sudah mau start saya cari kedai makan wo. Mau tengok maa.
Saya: Uncle tak dengar muzik ke?
PCT: Sekarang muzik manyak talak bagus lah. Uncle dengar melayu punya muzik dengan cina lama - lama punya.
Saya: Melayu punya muzik uncle dengar siapa?
PCT: Uncle pasang saja radio melayu ah, mesti bagus punya lagu keluar. Itu gitar punya "bang" banyak bagus wo. (tak tahu apa maksud sebenarnya) Bab bab bab (mendendang sebuah lagu)
Saya: Okay uncle. Bas saya sudah sampai.
PCT: Okay. Bye.

Uncle itu menghilangkan diri dengan cara yang sangat mysterious.

P/s: hari ini saya cuba membunuh diri, tapi it slipped my mind sebab saya tengok cerita The Moment of Truth

Saturday, October 25, 2008

Brekfast

Sudah lama saya tak breakfast. Tapi hari ini, saya sempat breakfast walaupun lambat sikit. Saya sangat berbangga hari ini, oleh itu saya telah mengambil keputusan untun TIDAK membunuh diri as planned. Terima kasih dunia. Mungkin saya akan bunuh diri esok, sila datang ke kenduri arwah saya. Makanan tidak disediakan, BYOB.

Sunday, September 28, 2008

Raya Special

Maaf kerana sudah agak lama saya tak update blog saya. Saya dan girlfriend saya baru saja balik dari UK. Kami sedang berbincang dengan syarikat Topshop untuk mengeluarkan fashion terbaru Topshop. Iaitu Skinny Raya. Anda hanya perlu bayangkan baju melayu yang biasa tetapi seluar yang skinny. Selain itu, baju kurung kita sudah ditukarkan dan telah diletakkan design - design seperti cartoon "He-Man" dan sebagainya. Tidak lupa juga tudung Topshop yang akan mempunyai design seperti skarf - skarf yang sedia ada. Saya ingin meletakkan gambar - gambar contoh tetapi, mungkin saya akan dibunuh. Saya harap Hari Raya kali ini akan membawa kegembiraan kepada awak semua. Selamat Aidilfitri.

Friday, September 19, 2008

permintaan ramai

Disebabkan oleh permintaan yang terlampau ramai, saya telah mengambil keputusan untuk membuat 15 perkara tentang saya:

1) Saya.
2) Saya.
3) Saya.
4) Saya.
5) Saya.
6) Saya.
7) Saya.
8) Saya.
9) Saya.
10) Ya. Saya lagi.
11) Kali ini bukan awak. Tapi saya.
12) Awak ingat ni page awak ke nak cakap pasal awak? Sekarang kita cakap pasal saya lah.
13) Woi!! Di belakang sana! Awak cakap pasal ape huh?? Baik awak cakap pasal saya sekarang jugak!!!!
14) Saya akan buat satu library penuh dengan buku tentang saya.
15) Saya.

saya rasa itu saja yang awak perlu tahu tentang saya. Saya hebat, awak tak.

Wednesday, September 17, 2008

Mimpi Saya yang ke - 168.

Dua orang polis berpakaian seperti komando telah berjaya menangkap saya apabila saya sedang kencing di tepi semak samun di sebelah rumah saya.

Saya telah diikat dan blind-folded. Mereka meletakkan saya di sebuah bilik yang gelap. Saya masih tak faham kenapa bilik itu gelap, sedangkan saya telah di blind - folded. Saya terdengar bunyi orang masuk bilik dan blindfold saya telah dibuka. Bilik masih gelap, sehinggalah saya dengar suara yang sangat familiar menyuruh buka lampu. Suara itu adalah suara Pak Lah sendiri.

Pak Lah mula - mula menyuruh saya buka baju dan seluar, tetapi saya enggan. Saya telah dipukul lagi. Sehinggalah saya explain kepada Pak Lah yang saya tidak dapat buka baju dan seluar saya kerana tangan saya diikat. Pak Lah pun membuka ikatan pada tangan saya dan saya di strip searched.

Setelah diperiksa sebanyak 5 kali, Pak Lah pun mengambil keputusan untuk berbincang dengan saya. Saya tanya Pak Lah, "Apa yang saya dah buat?" dengan sedikit tangisan kerana salah seorang polis tadi mempunyai jari yang besar tiada tolok bandingannya. Pak Lah menjawab "Awak download hentai secara excessive, tidakkah awak tahu bahawa hentai itu membawa mesej - mesej anti kerajaan? Dan lebih teruk lagi, mesej - mesej anti-saya!!". Saya mengaku, memang saya amat download hentai, tapi saya tidak pernah pun terfikir tentang mesej - mesej anti - kerajaan atau anti - pak lah. Sebelum saya sempat menjawab, saya telah dipukul teruk oleh beberapa orang pegawai polis. Saya rasa, salah seorang daripada mereka adalah tak lain tak bukan, Jehan Miskin.

Selepas dipukul teruk, Pak Lah meneruskan soal siasat saya. Tetapi saya enggan "jatuhkan kacang - kacang saya"(spill my beans). Pak Lah pun keluar dari bilik itu. Saya menjerit kepada Jehan Miskin, "I thought you were my fren!" Jehan Miskin buat bodoh. Setelah Pak Lah kembali, dia membawa sepinggan nasi kosong dan telur bungkus. Makanan kegemaran saya. Dan Pak Lah mula menyuap saya. Sambil menyuap, dia pun tanya pada saya, "Albert, bagitau lah saya, dimana awak dapat download hentai - hentai itu?" Sambil mengunyah, saya pun menjawab "senang saja. www...." kemudia saya terfikir. dan saya rasa fikiran saya betul kali ini. Pak Lah sedang menggunakan reverse psychology.

Saya mula - mula ingin meludah makanan itu, tapi saya menelan makanan itu dulu dan meludah sayur - sayur yang tersekat di celah gigi saya. Pak Lah mengamuk. "Kau akan menyesal perbuatan kau ini!". Tiba - tiba seorang perempuan membuka pintu. Saya tak berapa nampak mukanya, tapi saya pasti perempuan ini lawa. "Mari sini, darling" Pak Lah berkata. Dia menuju Pak Lah perlahan - lahan. Dan dia pun memeluk Pak Lah. "TidakkkKkk!!!!" aku menjerit. Betul sangkaan aku, perempuan yang memeluk Pak Lah itu adalah Nora Danish. "Biarkan dia Bang Lah, dia sudah cukup sengsara". Pak Lah tersenyum. Dia memegang tangan Pak Lah dan meninggalkan saya di dalam bilik itu bersama seorang polis yang mempunyai jari yang besar dan Jehan Miskin. Saya hanya dapat menjerit "tidak".

Saya terbangun selepas mimpi yang dahsyat itu. Nasib baik, Nora Danish di sebelah saya sedang tidur. "Nora," saya berkata, " I mimpi buruk lah". Saya pun bercerita kepada Nora tentang mimpi buruk itu. Dia kata itu semua hanyalah mimpi dan saya paranoid lebih. Saya kembali tidur.

Nora Danish


Tuesday, September 16, 2008

Kawan Lama Saya

Beberapa hari lepas, saya dan kawan saya telah melawat ke lokasi shooting 5 jingga. Sebuah show di 8tv. Saya terjumpa dengan kawan lama saya, Jehan Miskin. Pada Festival Filem Malaysia yang lepas, saya dan beberapa rakan saya (3 orang je sebenarnya) pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan Festival ini. Kita hanya dapat menjadi mock up fans yang tidak berbayar. Saya mengambil kesempatan itu untuk menyedarkan "orang - orang filem" tanah air bahawa apa yang kita perlukan artis dan bukan celebrity (artist adalah pengiat seni, celebrity giat keluar di Melodi) Saya pun terjumpa dengan En. Jehan Miskin. Saya beritahu dia, "We need artist, not Celebrities" dia pun dengan bangganya memberitahu saya yang dia tidak reti melukis. Sejak itu, kita menjadi kawan yang tidak beberapa akrab.

Pada sesi penggambaran 5 jingga, saya terbatal puasa kerana mereka sedang shooting scene pertandingan cheerleading. Saya pasti bukan saya saja yang terbatal puasa. Kawan saya yang tomboy pun terbatal puasa apatah lagi saya. Kemudian saya ternampak dia, rambut sudah pendek sikit. Dia memakai t-shirt putih yang ketat dan menampakkan ke-maskulin-an dia. Saya memanggil dia dan kita sempat berbicara. Begini lah conversation nya.

SAYA: Abang Jehan!
JEHAN: Yo!
(bersalaman dengan tangan Jehan yang kental)
SAYA: Haritu kita pernah jumpa kat FFM.
JEHAN: Oh ye ke?
SAYA: Owh, saya jadi mock up fans je. Yang duduk kat tepi red carpet tu.
JEHAN: Hahaha. Mock up fans. Dibayar tak?
SAYA: Hahaha. Tak ah.
JEHAN: Hahahaha.
(Pada masa ini, saya rasa Jehan Miskin sedang mengutuk saya)
SAYA: Saya yang pakai baju "We Need Artist Not Celebrities" tu. Abang Jehan ingat lagi tak?
JEHAN: Oh. Ye la. Saya ingat.

Jehan pun melarikan dirinya dan buat - buat ada kerja lain. (Saya harap kerja lain dia bukan melukis.) Sudah beberapa hari sejak saya jumpa Jehan Miskin, dan saya sangat merindui dia. Saya harap kita boleh berjumpa lagi dan dia boleh gelakkan saya lagi. Lagipun, ini dunia dia, saya hanya menumpang.

-lebih baik jadi miskin, daripada jadi jehan miskin-

Sunday, August 24, 2008

Kenapa begitu serius?

kenapa begitu serius? haritu saya naik taxi dengan sorang mamat singh yang kalau awak tengok dia dari jauh, awak nak call polis sebab muka dia macam pembunuh dan perogol. tetapi, setelah saya mendalami dia walaupun pertemuan kita hanya singkat, dia adalah seorang philosopher yang mungkin tidak cukup duit untuk publish buku - buku beliau. dia suka gelak walaupun gigi dia tak dijaga rapi, dia juga kerap beritahu saya, hidup ini pendek, berseronoklah. umur dia kira 40++.
bercakap tentang umur, dia beritahu saya yang suatu hari dia ingin jumpa anwar ibrahim. "kenapa?" saya tanya dia. Dia cakap, "Saya umur 40 lebih pun sudah kaki banyak goyang, anwar ibrahim boleh main belakang lagi wo" Saya hanya gelak dan terfikir, saya baru 19 dan kaki saya pun banyak goyang. mungkin saya pun nak jumpa anwar ibrahim.
kita pun bersembang dari politik ke porno (bukan ada banyak beza pun), perempuan ke pak haji. sehingga lah, bila nak sampai rumah saya, dia beritahu 3 perkara yang paling penting dalam dunia. 1) makan dan minum (walaupun saya argue dengan dia kejap, saya rasa makan dan minum dikira 2 perkara). 2) duit dan 3) seks. Ya, dia adalah orang tua yang gatal. Tetapi awak takkan menyampah, sebab dia macam datuk shin chan. bukan seorang lelaki yang bernama shin chan yang dapat pangkat datuk, tetapi datuk kepada shin chan dalam komik dik cerdas.
dia berkata, pak haji ke, pencuci tandas ke, perempuan ke, lelaki ke, india ke, cina ke, melayu ke, semua orang perlukan seks. Kecuali Timbalan Perdana Menteri kita, dia perlukan seks yang lebih. haha. (ini adalah kali kedua seorang pemandu taxi yang saya kenal mengatakan bahawa Najib adalah seorang womanizer. mungkin kerana najib comel).
mungkin dia buat lawak - lawak ini kerana dia depressed di rumah. tetapi saya tanak berfikiran begitu kerana ia terlalu depressive. saya tak suka perkara - perkara depressive. sebab tu saya tak tengok weeds.
dialah joker versi malaysia.

Sunday, July 20, 2008

mereka pun macam kita jugak.

(Shabery di dalam kereta. Sedang menunggu seseorang diluar rumah. Out-focus:ANWAR buka pintu rumah. Dia sedang memakai kain pelekat dan baju pegoda.)



ANWAR: Tunggu jap Shabery! Aku tinggal nak pakai jaket je! Kau nak air tak??

SHABERY: Tak payah lah!

(SHABERY sighs. Anwar masuk rumah balik. LATER: Anwar keluar bawak sepasang kasut dan sebotol air. Anwar masuk kereta)

ANWAR: Kau nak air tak?

SHABERY: Takpe.

(ANWAR pakai kasut dalam kereta)

ANWAR: Kau tau, tadi aku main game Guitar Hero 3...

SHABERY: Kau dah lepas on expert ke?

ANWAR: Itu aku nak cakap kat kau ni, aku boleh main gitar betul je lah. Sebab aku dah tau mcm mana nak main semua lagu dalam guitar hero 3 tuh. Aku tak suka lah. Sebab ada 5 buttons kan??--

SHABERY: Apa - apa je lah, Nuar.

ANWAR: -- kalau gitar betul ada 6 tali --

SHABERY: Apa - apa je lah, Nuar.

ANWAR: Kalau ada 6 buttons aku main lah. Ikut logic.

SHABERY: Apa - apalah, Nuar.

ANWAR: Kau nervous pasal debate ke? Aku ada ubat untuk kau.

(ANWAR mengeluarkan sebalut M. J. dari poketnya dan berikan kepada Shabery. Shabery mengambil dan membakar)

ANWAR: hehe. Aku pun ada gak. Hehe.

(ANWAR mengeluarkan lagi sebalut dan membakar)

SHABERY: Aku ada lagu untuk kau.

(SHABERY memasang lagu Insane in the Membrane.)

ANWAR: Kau dengar lagu Cypress Hill? Aku dah tak larat. Lagipun aku dah dengar lagu - lagu lain sekarang.

SHABERY: Kau dah tak dengar Cypress Hill?? Kau gila ape?

ANWAR: Tak, aku dah tak larat. Kau tak dengar ape aku cakap ke tadi? Anyway, aku sekarang dah agak suka electronica.

SHABERY: Electronica?

ANWAR: Ye. Haritu aku pergi ada concert dekat mana ntah. Aku dengar deorang ni layan beb. Aku terasa muda bila aku dengar lagu - lagu deorang.

SHABERY: Kau sentiasa nampak muda, Nuar..

(Shabery mengrapatkan badannya)

ANWAR: Kau ckp ape nih?

SHABERY: Takde. Orang rumah aku suruh check. Kau ni gay betul ke?

ANWAR: Heih.. Isteri kau dari dulu sampai sekarang asyik menyibuk.

SHABERY: Biasa lah. Kau dah tengok Dark Knight?

ANWAR: Aku pegi pakai baju Batman hari tu. Aku pegi dengan Ibie. Ibie pakai baju joker.

SHABERY: Ibie? Sape Ibie?

ANWAR: Ibrahim Ali. Mula - mula aku nak jadi joker. Tapi Ibie cakap Joker nanti nampak macam aku jahat. Baik aku jadi Batman. Walaupun nampak jahat, tapi baik. Eh. Kau tau tak? Haritu Mahathir sms aku.

SHABERY: Dia cakap ape?

ANWAR: Dia ajak tengok WALL - E.

SHABERY: Owh. Eh. Kita nak sampai dah ni. Nak buang mana nih?

ANWAR: Kau campak je tepi tingkap.

(clip ANWAR sedang berdebat)

ANWAR: Saya cuma mintak Barisan Nasional... (VOICE - OVER) Patut ke aku tengok cerita WALL-E dengan Mahathir? Tapi Ibie dah siapkan baju EVE dia.

(clip SHABERY dengan air liur di bibir.)

SHABERY: Dia dulu menentang Tun Dr. Mahathir. (VOICE - OVER) Aku sepatutnya minum air tadi.


Friday, July 18, 2008

RALAT

Nurul Izzah dah kahwin. Wrong info from the wrong guy.

Thursday, July 17, 2008

suatu hari di hari raya.

Bunyi TV terbuka.

ALLY ISKANDAR: Assalamualaikum saya ucapkan pada semua penonton di luar sana. Saya Ally Iskandar dan saya akan menjadi hos anda pada hari yang mulia ini. Sebelum saya memulakan rancangan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rexona White Baru kerana telah menyumbangkan kepada rancangan hari ini. "Dengan Rexona White Baru, anda pasti berkeyakinan!".

Mari kita ke segmen "Tetamu Sangat Hangat"!

(theme song : Segment Tetamu Sangat Hangat.)

ALLY ISKANDAR: Tetamu saya pada hari ini, tidak lain, tidak bukan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib. Thank you for joining us, Naje.

NAJIB: It has always been my pleasure, Al.

ALLY ISKANDAR: Kemudian, tetamu kita kedua ialah, Pak Lah sendiri. Terima kasih kerana menghadiri rancangan ini walaupun menghadapi masalah bangun pagi. haha.

(semua gelak: najib, pak lah, ally and the audience)

PAK LAH: Betul tu Ally. Haha.

ALLY ISKANDAR: Kemudian kita ada Anwar Ibrahim. Selamat kembali, A.I. Nampak gayanya kita tidak perlu 50 orang polis untuk datang ke rumah anwar ibrahim untuk bawa dia ke sini, eh?

(semua gelak)

ANWAR: Saya tidak setuju!!!

(the audience senyap. tense.)

ANWAR: I'm just fuckin' with you guys!!! HAHA!! Disebabkan semua saya nak tentang, saya cakap lah tak setuju. Get it? Haha. I fuckin love it here, man. It's good to be back.

(audience gelak)

(anwar letak tangan di atas peha Ally. Audience senyap)

ANWAR: I'm just fuckin with you guysss!!! Haha!!!

(audience gelak dan tepuk tangan balik; suka betul deorang ni)

ALLY ISKANDAR: Dan tetamu kita seorang lagi ialah Raja. Raja apa? Raja Petra!

RAJA PETRA: Jgn over sangat, Ally. We don't want anyone to know that you're on meth now do we?

ALLY ISKANDAR: Wow. Awak betul - betul tahu pasal semua rahsia kerajaan dan semua orang.

(Raja Petra nods.)

ALLY ISKANDAR: First sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Anwar kerana anaknya, Nurul Izzah, telah berjaya mendapat kerusi di lembah pantai. How do you feel?

ANWAR: Well, I feel great !! Haha! I feel wonderful !! You know? Haha! I'm very proud of my daughter. She is one day going to be a very important person in the history of mankind and universe.

ALLY: Wow. Jauh bercita - cita nampak?

(semua gelak)

ANWAR: Haha! Biasalah ! Anyway, she is being very matured at such young age. I mean, yeah.

ALLY: Ok, the big question. When is she going to get married??

ANWAR: Haha!! Memang big question pun tu!! Haha!!

PAK LAH: Betul tu, Nuar. Haha! High five!!!

(Anwar pak Lah high five)

ANWAR: Saya tak pasti bila dia akan kahwin.

PAK LAH: Nuar, aku ada anak menantu. Khairy namanya.

(semua gelak)

PAK LAH: Hahaha!!

ANWAR (gelak sampai susah nak cakap): Fuck you! Haha! Fuck you !

ALLY ISKANDAR: So, najib, tahun ini untuk valentine's day. Awak nak bagi apa kat awak punya special someone?

NAJIB: Saya...

RAJA PETRA: Mesti nak bagi bom c-4 kan?

(semua gelak, PAK LAH high five RAJA PETRA, ANWAR dah tersandar kat sofa. Najib lap air mata. Ally geleng kepala)

NAJIB: Mungkin. Haha ! Tak ! Uhm. Saya dah plan a trip untuk saya dan my special someone ke Tunisia.


(semua orang "ouhhhh")

NAJIB: Haha! Yeah. It's gonna be romantic.

ANWAR: You're gonna get laid that night, man!!

(semua gelak terbahak - bahak)

NAJIB: Yeah!!

(Pak Lah buat muka terkejut dan membuatkan semua orang senyap)

PAK LAH: Itu pun kalau dia punya "bleep" boleh berguna lagi. HAHA!!

(semua orang gelak)

(Najib buat mcm nak tumbuk Pak Lah tapi main - main)

NAJIB: Don't let me do it!! Don't let me do it!!

PAK LAH: Saya nak tanya Raja Petra satu soalan.

RAJA PETRA: Go ahead, man.

PAK LAH: Betul ke kau takde kene mengena dengan Penguin dari cerita Batman!!! Haha !!

(semua gelak, Raja Petra pun)

RAJA PETRA: Kadang - kadang bini aku pun panggil aku penguin. Haha!!

PAK LAH : Bini kau pun!! Haha !!

ALLY ISKANDAR: Haish, Pak Lah. Paling suka nampak. Lima negeri dah kalah, Pak Lah.

(semua gelak, Pak Lah pun)

ANWAR: Lima negeri! That's a good one. Haha!!

Kita akan kembali selepas iklan ini.

Tutup T.V.

Monday, July 14, 2008

melayari dunia internet dengan surfboard murah.

R:Selamat kembali. Hari ini saya dan tiga rakan saya paul, john dan george akan melayari dunia internet yang sangat hangat diperkatakan, terutama pada zaman ini.

R:Kami ke facebook untuk check it out. Kami sangat gembira dengan kuiz - kuiz yang diberikan. George mengambil ujian " Which The Beatles are you?" dan Jawapannya Ringo Starr. Haha! Betul tak george? Sangat kelakar kan?

G:Betul tu, Ringo. Sangat kelakar. (twinks eye)

R:Ya george. Kami juga sangat teruja dengan berapa ramai yang terlibat dalam dunia facebook itu.

J: Ya, betul tu, ringo. Lebih banyak daripada bilangan orang yang hadir di woodstock.

P:Tapi, John. Kita tidak pernah membuat persembahan di woodstock.

J: Oh ya. Maksud saya di Budokan. Haha.

SEMUA: Haha. Budokan. Haha.

R: Saya amat terkejut dengan penemuan atuk paul di dalam facebook juga!

G:Itu bukan atuk paul lah. saya tahu wajah atuk paul. Dia duduk di rumah paul.

P:Eh, tapi itu memang atuk saya, george. Atuk yang duduk di rumah saya itu. Dan yang dalam facebook ini pun atuk saya.

J:Kenapa dia buat facebook?

P:Dia sedang mengubati hati yang terluka. Dia juga sangat 'bersih'.

R:Ya. Dia sangat bersih. Tetapi kita juga ada terjumpa sesuatu yang sangat mengelirukan adalah kami terjumpa pelbagai essay tentang keburukan kerajaan yang penuh dengan pembohongan.

P:Betul itu, paul. Kerajaan yang telah memerdekan kita telah banyak membantu kita seperti Kemerdekaan.

J:KLCC.

G:KLIA.

R: .. dan juga harmoni di antara kita. oleh itu, rakan - rakan jangan terlalu percaya kepada essay - essay tentang penipuan kerajaan.

J:Hey, sebelum itu mari kita menyanyi sebuah lagu!!

(Mereka pun menyanyikan lagu "She Loves You")

-tutup tv-

Sunday, July 13, 2008

lagu untuk 2 orang tua yang sedang bergaduh

Inilah kisah dua orang tua,
Yang sedang mengelamun bersengketa.
Datang dari dunia yang sama.
Tuhan yang disembah pun Yang Maha Esa.

Sorang tuduh disana,
Sorang tuduh disini.
Tapi bila nak jumpa,
Sorang pun tak berani.

Oh! Tidak sedarkah kau, wahai orang tua?
Sudah tiba masanya untuk engkau keluar.
Rambut pun dah putih, dan hampir tiada.
Tapi tak sedar diri, masih nak berkuasa.

Dulu engkau hebat, sekarang kau dah tenat.
Kita pun dah penat, melayan kau punya gelagat.
Mari aku bawa ke rumah, kita sama - sama solat,
Jangan kau lupa, amalan sunat.

Tolonglah jangan bergaduh lagi,
banyak akan disoal nanti.
Ini bukan berita terkini,
Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tidak sedarkah kau, wahai orang tua?
Era engkau tamat sudah lama.
Tolonglah berjabat dan bersuka ria,
Sudah tiba masa Barack Obama. Barack Obama!

Note: 1) Lagu ini BUKAN untuk anwar dan najib ;)
2) Kalau nak cuba bermain lagu ini, sila gunakan chord yang simple saja : G C D G.
3) Influence dari Irish folk songs.

Sunday, June 29, 2008

my encounters with cheap eroticism

The other day, I saw a porn. It has the normal four - act - play. Act 1 (foreplay) Act 2 (Missionary) Act 3 ( Doggystyle) Act 4 (cum - on - your - body - parts - preferably - face - phase). Why I like about this porn is that it starts with this "cute/slutty" asian girl. She is doing some meditation or something with candles around her and fog and the sound of the wind blows and and she said "WHEN THE FOG ROLLS IN, I MUST PREPARE MYSELF FOR BIG PENIS AND SWEATY BAG, FOR NOW I AM A WOMAN, "with gongs and a dutch angle" AND AN ASIAN SEX SLAVE" And suddenly this Caucasian man makes a chokeslam move on the girl but put her down slowly on a sofa. And you can guess what happens next.
That's interesting.
Not really.
Maybe.
Tree.
bee.
be.
b.
seriously, do you girls like older men. come on. tell us.
-let's have an awesome threesome-

Tuesday, June 24, 2008

cinta enam inci (adaptasi cinta 200 ela)

"Rashid!!" menjerit Wardina yang bertudung, jangan risau, dia bershampu. Rashid yang baru saja mengelapkan badannya setelah penat bermain badminton dan golf pada masa yang sama. "Eh? Wardina. Apa awak buat disini?" Tanya Rashid. "Wardina nak ajak abang rashid makan jom?"

Untuk tidak memanjang cerita, Wardina dan Rashid pun pergi dinner bersama - sama di Kelab Golf Negeri Subang. Rashid makan steak dan Wardina memakan salad. Setelah beberapa montage menunjukkan mereka sedang makan dan sedang bergembira kerana sedang makan sambil lagu backgroundnya dinyayikan oleh Man Bai dengan tajuknya "Enam Inci Mungkin Panjang, tetapi Enam Inci Setengah Lagi Panjang".

Wardina dan Rashid sedang berjalan - jalan (tanpa pegang tangan kerana beberapa bulan sebelum itu, Wardina telah insaf dan mula bertudung). Rashid bertanya "Ward, (nama timangan Wardina) bilakah kita akan bersatu di puncak pelamin?" Wardina hanya dapat senyum dan matanya yang sedih - sedih sikit. "Ward tak tahu. Ward dah tiada kerja!! Ward terpaksa berlakon filem oleh Raja Azmi!" Rashid memegang bahu Wardina ( Rashid memakai sarung tangan, so, don't worry ) Rashid berkata, " Ward tahu yang Abang Rash (nama timangan Rashid) dapat menanggung Ward kan? Apa nak risau ?" Wardina tidak boleh jawab. Dia pun berlari ke tengah - tengah padang golf dan menghilangkan diri. "Wah. Ini sangat menyeramkan" kata Rashid pada diri sendiri.

Keesokan paginya, Rashid ke padang golf / badminton court kerana ada satu pertandingan. Dalam pertandingan ini, Rashid terpaksa berkumpulan dengan seorang wanita yang tak bertudung tetapi memakai topi yang setengah dan rambutnya pula dibuatkan sanggul dan menampakkan wanita itu seperti campuran diana ross dan eminem. "Awak mesti suka lagu Stop! In the Name of Love versi rap kan?" tanya Rashid kepada wanita itu. " Nama saya Raja Azura, untuk menjaga nama baik yang telah ayah saya berikan ini, sila panggil saya Raj." Rashid terpesona. "Raj? Maksud awak seperti Raj Mahal?" Raja Azura hanya boleh memberi senyuman sinis kepada Rashid yang sedikit terbuka mulut kerana jonggang dan bermisai lebat dan bermata kecil. "Ya, seperti Raj Mahal"

Mereka pun bermula pertandingan golf / badminton doubles. Kali ini, montage menunjukkan mereka bermain golf dengan gembira dengan lagu background oleh Man Bai yang bertajuk " Adakah Lamunan Mimpi Ini akan Membawa Aku ke Bintang - Bintang dimana Kau Dan Aku Akan Berada Di Sana Selamanya dan Kita Akan Bermain Golf"

Setelah habis montage, Rashid pun minum jus oren di bar sambil makan kacang bersama Raja Azura. "Raj, awak nak minum apa?" tanya Rashid. Raja Azura berkata pada bartender yang mukanya hampir sama dengan President Majlis Olimpik Malaysia "I'll one fress oren please. Be sure to put more aess" Bartender itu mengangguk. Rashid mulakan satu konversasi tentang mastubasi.
"Awak rasa salah ke?" tanya Rashid.
"Owh, Raj tak kisah sangat. Raj pun mana pakai tudung" jawab Raja Azura.
Mereka pun gelak. Rashid memegang tangan Raja Azura. ( Ini sebenarnya adalah satu improv daripada lakonan Rashid Sidek dan membuatkan dia seorang pelakon pertama malaysia yang melakukan improv)

Wardina memasuki ke dalam bar itu dan ternampak Rashid memegang tangan Raja Azura. Wardina meninggalkan tempat itu. Dia menangis teresak - esak membawa kereta dan dia pun terus eksiden.

Rashid duduk keseorangan di tepi kubur. Dia sedang kesedihan kehilang seorang buah hati. Tiba - tiba, sekeping kertas yang berterbangan hinggap di ribanya. Dia terkejut dan membaca surat itu.

Voice over wardina:

Kepada Abang Rash yang Mashed (potato / kentang),
Saya ingin meminta maaf kerana menyeramkan Abang Rash dengan meninggalkan Abang Rash sorang - sorang di tengah padang golf itu hari. Saya ingin menyatakan disini bahawa saya amat mencintai Abang Rash, dan Ward sedar bahawa abang mempunyai corak permainan enam inci golf / badminton yang baik. Tetapi... Tetapi...

Angin itu meniupkan surat itu dan meninggalkan Rashid keseorang diri. Dia pun beredar dari kubur itu. Tangisannya ada terkena sikit kat misai dan membasahkan misainya sikit.

Keesokan pagi, Rashid dan Raja Azura sedang bermain golf / badminton enam inci. Dan mereka menang. Rashid sedang berdiri di atas podium sambil hisap opium. Dia pun memberi satu ucapan yang penuh dramatik romantik tetapi kita tidak tahu apa yang dikatanya kerana lagu "montage" terlalu kuat dinyanyikan oleh Man Bai Feat. Wardina yang bertajuk "Jangan Sedih Bila Aku Menyanyikan Lagu Sedih Ini (oh! sedihnya).

The End.

Nantikan "JAAFAR" sebuah novel aksi / cinta / neo - noir / musikal / aksi.